Judi dalam talian: 2,195 laman web, 19,765 talian disekat

SKMM telah menyekat 2,195 laman web yang didapati mempromosikan judi dalam talian hingga Mac lepas.
SKMM telah menyekat 2,195 laman web yang didapati mempromosikan judi dalam talian hingga Mac lepas.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat 2,195 laman web yang didapati mempromosikan judi dalam talian hingga Mac lepas.

Menerusi satu kenyataan pada Rabu, SKMM memaklumkan tindakan diambil berdasarkan kepada permohonan rasmi yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia atas kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 serta maklumat daripada orang awam.

“SKMM turut bekerjasama dengan penyedia platform media sosial yang berpangkalan di luar negara seperti Facebook, Twitter dan YouTube untuk menurunkan kandungan sedemikian mengikut terma perkhidmatan serta piawaian komuniti yang ditetapkan pihak mereka,” menurut SKMM.

Dari segi penguatkuasaan, SKMM telah menjalankan audit pengesahan data pelanggan telefon prabayar bagi memastikan semua nombor yang aktif disahkan sewajarnya.

Menurut SKMM, bagi tempoh sama, sejumlah 19,765 talian telefon telah ditamatkan atas kesalahan spam khidmat pesanan ringkas yang mempromosikan judi dalam talian, pinjaman wang tidak berlesen dan sebagainya.

“Tindakan ini penting bagi memastikan nombor-nombor berkenaan tidak disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan jenayah lain selain penipuan dan promosi judi dalam talian,” menurut SKMM. - Bernama

Artikel Berkaitan: