PKP di Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang, Kelantan bermula esok

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksana di Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang, Kelantan bermula esok, 22 April sehingga 29 April.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan juga bersetuju melaksanakan PKP di tiga daerah di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

Tambah beliau, pelaksanaan PKP yang bermula 22 April hingga 29 April itu untuk memastikan pergerakan penduduk di lokaliti ini dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan ke kawasan lain.

“KKM telah melaporkan peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak di Kelantan.

“Terdapat peningkatan kes aktif sebanyak 83.9 peratus dalam tempoh 14 hari iaitu daripada 18 kes kepada 112 kes,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan: