UMK cipta sejarah temui batu kecubung, batu gunung berapi di Jeli

Ketulan amethyst atau batu kecubung bernilai tinggi yang dijumpai di beberapa lokasi kawasan perlombongan di daerah Jeli.
Ketulan amethyst atau batu kecubung bernilai tinggi yang dijumpai di beberapa lokasi kawasan perlombongan di daerah Jeli.
A
A
A

JELI - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kelantan mencipta sejarah apabila menemui ketulan amethyst atau batu kecubung bernilai tinggi dan batu gunung berapi di beberapa lokasi kawasan perlombongan di daerah ini.

Penemuan itu direkodkan oleh 48 penuntut Geosains, Fakulti Sains Bumi (FSB) UMK dan 36 mahasiswa jurusan Geologi dari beberapa universiti di Indonesia yang mengikuti Program International Geomapping Jeli (IGJ) 2021 di kawasan Jeli dan sekitarnya.

Program anjuran Jabatan Geosains, FSB dengan kerjasama Pusat Antarabangsa UMK turut disertai Institut Teknologi Bandung, Universitas Jambi, Universitas Tadulako, Universitas Padjadjaran, Universitas Hasanuddin dan Universitas Gadjah Mada.

Peserta antarabangsa mengikuti kajian secara maya iaitu penuntut UMK di lapangan akan membuat panggilan video kepada peserta antarabangsa bagi menerangkan penemuan batuan hasil daripada kajian pemetaan di lapangan.

Ketua Jabatan Geosains FSB, Dr Wani Sofia Udin berkata, eksplorasi IGJ kali ini merekodkan satu penemuan terpenting iaitu ketulan batu kecubung atau nama saintifiknya amethyst yang bernilai tinggi di beberapa lokasi kawasan perlombongan.

Pensyarah FSB,Encik Arham Muchtar Achmad Bahar menerangkan peta kedudukan kawasan kajian lapangan di kawasan Jeli kepada penuntut UMK.
Pensyarah FSB,Encik Arham Muchtar Achmad Bahar menerangkan peta kedudukan kawasan kajian lapangan di kawasan Jeli kepada penuntut UMK.

“Kajian peserta turut menemui ketulan batu kuartza dan dragfold iaitu kesan geologikal struktur pada batuan yang amat jarang ditemui.

“Turut ditemui ialah batuan jenis pyrite dan batu gunung berapi yang membolehkan pelajar mengkaji morfologi serta mengemaskini peta geologi kawasan Jeli melalui aktiviti pemetaan yang dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Penuntut Geosains, FSB UMK berada di lapangan mengikuti Program IGJ 2021 di kawasan Jeli dan sekitarnya.
Penuntut Geosains, FSB UMK berada di lapangan mengikuti Program IGJ 2021 di kawasan Jeli dan sekitarnya.

Pada 12 April lalu, Majlis Penutupan Program International Geomapping Jeli (IGJ) 2021 diadakan di Dewan Utama, UMK Kampus Jeli.

Beliau berkata, kajian itu memberi hasil penting kepada mahasiswa khususnya sebagai pendedahan terhadap pemetaan geologi serta mengaplikasikan kerja lapangan itu.

Kawasan di Jeli yang menjadi lokasi kajian 48 penuntut Geosains, Fakulti Sains Bumi (FSB) UMK dan 36 mahasiswa jurusan Geologi dari beberapa universiti di Indonesia.
Kawasan di Jeli yang menjadi lokasi kajian 48 penuntut Geosains, Fakulti Sains Bumi (FSB) UMK dan 36 mahasiswa jurusan Geologi dari beberapa universiti di Indonesia.

“Peserta dibahagikan kepada 12 kumpulan dan ditempatkan di kawasan kajian sekitar Jeli iaitu Bukit Jeli, Bukit Salor, Kampung Lawar, Kampung Sungai Rual, Lata Chenai, Sungai Pergau, Sungai Renyok dan Sungai Tadah.

“Kajian lapangan dan maya itu melibatkan proses pertukaran pelajaran dan kefahaman secara aktif.

“Peserta juga diberi tugasan berkaitan subjek asas pemetaan. Hasil ekspedisi kajian mengenai batuan itu berjaya menemui beberapa mineral yang terbaru serta sukar ditemukan,” katanya.

Kejayaan Penuntut Geosains, FSB UMK yang diraikan dalam Majlis Penutupan Program IGJ 2021 di UMK Kampus Jeli pada 12 April lalu.
Kejayaan Penuntut Geosains, FSB UMK yang diraikan dalam Majlis Penutupan Program IGJ 2021 di UMK Kampus Jeli pada 12 April lalu.