Aminuddin tidak bersedia tanding dua kerusi pada PRU15

Aminuddin Harun
Aminuddin Harun
A
A
A

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun tidak bersedia untuk bertanding dua kerusi serentak iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri Besar Negeri Sembilan itu bagaimanapun menyerahkan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menentukan kedudukannya pada pilihan raya itu nanti.

"Saya tidak bersedia untuk dua tempat (bertanding). Satu tempat pun sudah cukup. Kalau diberi pilihan saya akan pilih salah satu.

"Apa pun saya serahkan kepada Presiden. Kalau dia kata bertanding di negeri, saya ke negeri. Kalau di suruh saya ke Parlimen, saya akan ke sana. Saya perlu akur dengan arahan bos," katanya (Anwar Ibrahim)," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat akan bertanding di dua kerusi iaitu DUN dan Parlimen pada PRU15 nanti.

Mengulas lanjut, Aminuddin menegaskan, beliau tidak mahu bertanding dua kerusi kerana mahu memberi peluang kepada orang lain menjadi calon.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pembahagian kerusi PH Negeri Sembilan untuk PRU15, beliau berkata, semuanya hampir selesai.

"Kita sudah di peringkat akhir dan hampir selesai semuanya. Cuma terdapat satu atau dua kerusi lagi yang masih lagi dibincangkan," katanya.

Artikel Berkaitan: