Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV jadi Pusat Saringan Covid-19

Tinjauan Sinar Harian di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Rabu mendapati orang ramai yang hadir sabar menunggu giliran untuk menjalani ujian swab.
Tinjauan Sinar Harian di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Rabu mendapati orang ramai yang hadir sabar menunggu giliran untuk menjalani ujian swab.
A
A
A

KOTA BHARU - Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV kini dijadikan Pusat Saringan Covid-19 untuk Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu.

Perkara tersebut disahkan Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Hussin ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Menurutnya, pusat tersebut boleh menampung 700 pelanggan setiap hari mengikut kapasiti tiga kaunter utama yang dibuka di bawah khemah yang disediakan.

"Kita sediakan tujuh kaunter pendaftaran, enam kaunter swab dan lima kaunter Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).

"Mereka yang mendapat saringan di sini melibatkan mereka yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit sebelum ini," katanya.

Tinjauan Sinar Harian di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Rabu mendapati kawasan khemah juga dikawal rapi supaya tidak didekati masyarakat luar.
Tinjauan Sinar Harian di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Rabu mendapati kawasan khemah juga dikawal rapi supaya tidak didekati masyarakat luar.

Menurutnya, pusat tersebut mula beroperasi pada Selasa dan seramai 60 kakitangan bertugas untuk satu-satu masa dengan pemakaian lengkap sut peralatan perlindungan diri (PPE) walaupun berdepan cuaca yang panas ketika ini.

Dr Izani juga menasihatkan orang ramai supaya patuh pada setiap arahan semasa yang dikeluarkan kerajaan negeri, selain sentiasa menjaga diri walau di mana sahaja mereka berada.

Artikel Berkaitan:

Tinjauan Sinar Harian pada Rabu mendapati semua individu yang hadir untuk membuat saringan masing-masing patuh prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan dibenarkan duduk di kerusi yang disediakan sementara menunggu giliran.

Daripada pemerhatian, jumlah individu yang hadir agak membimbangkan kerana ia turut melibatkan kanak-kanak.

Bagaimanapun, masing-masing sabar menunggu giliran dan tidak berganjak bagi memastikan mereka tidak terdedah dengan masyarakat setempat yang berada berdekatan.