Bapa Azlan Typewriter tenat dijangkiti Covid-19

Azlan Typewriter. - Foto Instagram Azlan
Azlan Typewriter. - Foto Instagram Azlan
A
A
A

SHAH ALAM - Vokalis Azlan & The Typewriter, Norazlan Roslee reda dengan keadaan bapanya yang kini tenat di Hospital Serdang kerana positif Covid-19.

Norazlan atau Azlan ketika ditemui Gempak berkata, bapanya disahkan positif sejak dua minggu lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas seminggu dirawat, lapor Gempak.

Menurut Azlan, tidak ada apa yang mampu dilakukannya selain berdoa dan mengharapkan keajaiban daripada ALLAH SWT.

“Saya reda selepas dimaklumkan oleh adik petang tadi (Selasa) mengenai keadaan ayah yang semakin tenat.

“Sejak seminggu lalu ayah menggunakan mesin bantuan pernafasan dan menurut adik bila-bila masa sahaja ia akan ditanggalkan.

“Tidak mampu untuk saya luahkan dengan kata-kata melainkan mendoakan urusan beliau dipermudahkan,” katanya sebak.

Azlan ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Indigital Music di 10 Gram Café, IOI Boulevard, Puchong pada petang Selasa.

Tambah Azlan, kali terakhir dia bertemu bapanya sebulan lalu dan keadaannya sihat.

Artikel Berkaitan:

“Sebulan yang lalu, dia masih sihat dan kami meluangkan masa bersama seperti biasa. Memang keluarga saya ada sejarah penyakit kencing manis.

“Tetapi tidak mengapalah, jika sudah masanya dia pergi, saya ikhlaskan hati walaupun tidak dapat bertemu atau melawat beliau disebabkan SOP yang ditetapkan pihak hospital.

“Hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini,” katanya.

Dalam pada itu, Azlan bersyukur kerana dan ahli keluarganya yang lain disahkan negatif Covid-19.

“Covid-19 is real. Tak ada istilah agenda Yahudi atau lain-lain. Berhentilah berspekulasi kerana bila terkena pada diri sendiri baru anda tahu perasaannya bagaimana,” ujarnya mengakhiri perbualan.