Penduduk rayu baiki segera jambatan gantung

Hassan menunjukkan keadaan struktur Jambatan Gantung Sungai Dingin di Temerloh yang meresahkan penduduk kampung.
Hassan menunjukkan keadaan struktur Jambatan Gantung Sungai Dingin di Temerloh yang meresahkan penduduk kampung.
A
A
A

TEMERLOH - Walaupun sudah beberapa bulan Jambatan Gantung Sungai Dingin, Mentakab di sini rosak akibat banjir pada awal tahun ini, namun belum ada tanda ia akan diperbaiki sehingga meresahkan penduduk berdekatan.

Dianggarkan lebih 450 penduduk dua buah kampung iaitu Kampung Sungai Dingin dan Mambang Berulang menggunakan jambatan besi berkenaan.

Bagaimanapun, beberapa struktur jambatan itu yang rosak mengundang risiko keselamatan terhadap orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Mambang Berulang, Hassan Busry Moen berkata, jambatan itu menjadi laluan penduduk untuk pergi ke bandar serta berbagai urusan lain termasuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Menurutnya, situasi tersebut mengundang kesulitan kerana penduduk terpaksa menggunakan laluan alternatif lain yang jauh untuk ke jalan utama Temerloh-Mentakab.

"Kami berharap pihak berkaitan dapat membaiki segera jambatan ini kerana ia laluan utama penduduk sejak berpuluh tahun lalu selain mengundang risiko keselamatan," katanya pada Sinar Harian di sini Rabu.

Che Asiah
Che Asiah

Sementara itu, penduduk, Che Asiah Mohd Noor, 60, berkata, penduduk kampung merayu supaya masalah terdapat perhatian sewajarnya pihak berkaitan.

Artikel Berkaitan:

"Masalah itu juga menjejaskan perkhidmatan barangan, dokumen atau makanan apabila posmen, syarikat kurier atau penghantar makanan tidak mahu masuk kerana jambatan tersebut," ujarnya.

Difahamkan, jambatan berkenaan telah dibina sejak tahun 1983 dengan jarak sejauh lebih 200 meter.