X

Kindly register in order to view this article
!

[DIKEMASKINI] Lelaki maut jatuh tingkat empat pusat beli-belah

A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki maut selepas dipercayai jatuh dari tingkat empat di sebuah pusat beli-belah di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 1.52 petang.

"Pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah dipanggil ke lokasi kejadian dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

"Hasil siasatan awal melalui semakan di kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa dikatakan terjun dari tingkat empat bangunan terbabit," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa berumur 25 tahun didapati mempunyai kad rawatan psikiatri dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang berdasarkan kepada dokumen yang dijumpai di dalam beg galas yang disandangnya.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke HKL untuk bedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Sebelum itu, tular beberapa keping gambar di media sosial yang memaparkan seorang lelaki terbaring di aras bawah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan terbabit.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!