Rasuah RM1 juta: Mahkamah dengar rayuan Ku Nan esok

Tengku Adnan - Foto Bernama
Tengku Adnan - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Rayuan pada Khamis akan mendengar rayuan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap sabitan dan hukuman atas kesalahan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan.

Selain 22 April, mahkamah juga menetapkan 23 April dan 26 April untuk mendengar rayuan itu.

Tengku Adnan, 70, atau lebih dikenali sebagai Ku Nan memfailkan notis rayuan pada 21 Disember lepas terhadap sabitan dan hukuman setelah Hakim Mahkamah Tinggi pada hari yang sama menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta terhadapnya selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan itu.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Ahli Parlimen Putrajaya itu untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga rayuan diputuskan.

Tengku Adnan didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan telah menerima untuk dirinya sebanyak RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB), Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek yang didepositkan ke dalam akaun bank milik syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - Bernama

Artikel Berkaitan: