X

Kindly register in order to view this article
!

Negeri Sembilan anjur mantai asnaf ganti mantai perdana

Datuk Seri Aminuddin Harun
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan akan menganjurkan Mantai Asnaf Aidilfitri 2021 bagi menggantikan mantai perdana pada tahun ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pada tahun ini juga tiada jualan mantai perdana dilakukan berikutan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun menurutnya, penjualan daging secara individu masih lagi diteruskan mengikut keperluan.

"Pada tahun ini, kita adakan mantai lain sikit iaitu dengan memberi sumbangan daging dan tulang kepada keluarga asnaf serta mereka yang memerlukan.

"Kita tidak akan anjurkan jualan secara berpusat bagi mengelakkan kawasan itu jadi tumpuan, kita serahkan kepada individu untuk jual (daging mantai)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri dekat sini pada Rabu.

Katanya, Jabatan Veterinar akan menguruskan bahagian pembungkusan daging tersebut dan diserahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terlibat sebelum diagihkan kepada keluarga asnaf serta mereka yang memerlukan.

Program tradisi kerajaan Negeri Sembilan, mantai perdana sebelum ini sering menjadi tumpuan bagi membolehkan orang ramai mendapatkan daging lembu pada harga lebih murah.

Namun disebabkan pandemik Covid-19, program mantai perdana ini tidak dapat dilakukan pada tahun lalu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!