10 juta penduduk Indonesia dijangka pulang beraya

Kerajaan Indonesia memutuskan larangan pulang ke kampung untuk menyambut Syawal berkuat kuasa pada 6 Mei hingga 17 Mei ini. - Foto Kompas
Kerajaan Indonesia memutuskan larangan pulang ke kampung untuk menyambut Syawal berkuat kuasa pada 6 Mei hingga 17 Mei ini. - Foto Kompas
A
A
A

JAKARTA - Kerajaan Indonesia menjangkakan sebanyak 13 peratus daripada 73 juta hingga 80 juta penduduk negara itu akan pulang ke kampung bagi menyambut Syawal biarpun larangan telah dilaksanakan.

Menerusi laporan Kompas, Menteri Penyelaras Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Muhadjir Effendy berkata, walaupun larangan sudah dimuktamadkan, namun masih ada penduduk yang ingkar dengan arahan tersebut.

"Larangan sudah dilaksanakan dan dianggarkan sebanyak 13 peratus atau 10 juta penduduk dijangka akan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ini.

"Justeru itu, kerajaan akan berusaha mengatasi masalah ini kerana jumlah 10 juta itu dua kali ganda dari jumlah penduduk Singapura," katanya.

Beliau juga tidak mahu menjadikan hari lebaran 2021 sebagai faktor utama peningkatan kes Covid-19 di negara ini yang dilihat semakin serius.

"Larangan kepulangan lebaran tahun ini dilaksanakan untuk mencegah kenaikan kes Covid-19," ujarnya.

Kerajaan Indonesia telah memutuskan larangan pulang ke kampung untuk menyambut Syawal berkuat kuasa pada 6 Mei hingga 17 Mei ini dan sebarang perjalanan merentas daerah dilarang sama sekali.

Artikel Berkaitan: