X

Kindly register in order to view this article
!

Sidang akhbar KP Kesihatan minggu depan

Dr Noor Hisham. Tangkap layar kiriman WhatsApp Sinar Harian kepada Dr Noor Hisham sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-58 hari ini.
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dijangka kembali mengadakan sidang akhbar Covid-19 pada minggu hadapan.

Perkara itu dimaklumkan beliau kepada Sinar Harian pada Rabu.

"Nanti, minggu hadapan," katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Dalam kiriman WhatsApp tersebut, Sinar Harian mengutuskan ucapan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-58 pada hari ini.

"Alhamdulillah, terima kasih," balasnya.

Kelibat Dr Noor Hisham yang digelar Panglima Perang sentiasa dinantikan rakyat di setiap pelosok negara saban hari bagi perkembangan terkini pandemik Covid-19.

Kali terakhir beliau muncul pada sidang akhbar Covid-19 adalah 49 hari lalu iaitu pada 4 Mac lepas.

Ia menimbulkan tanda tanya rakyat termasuk para media.

Bagaimanapun menepis persoalan tersebut, Dr Noor Hisham berkata, beliau banyak turun padang bagi meninjau warga Kementerian Kesihatan Malaysia yang sedang bertungkus-lumus mendepani Covid-19 selain Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang telah bermula.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!