SPRM nafi keluar kenyataan SPA ambil sekutu

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan pegawai kanannya mengeluarkan kenyataan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan badan kerajaan lain mengambil sekutu dalam urusan pelantikan.

Menerusi kenyataannya, SPRM berkata, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Ingin ditegaskan bahawa kenyataan Shamshun Baharin berkaitan isu pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Majlis Pelancaran #RasuahBusters bersama Allianz Malaysia kelmarin (Isnin) telah disalah lapor oleh Sinar Harian dan dimuat naik menerusi portal berita akhbar tersebut," katanya pada Rabu.

Bagaimanapun menurut SPRM, Sinar Harian telah memperbetulkan kenyataan tersebut dan mengakui berlaku kekhilafan.

"Sehubungan itu, SPRM memohon mana-mana pihak agar tidak mempolemikkan perkara tersebut kerana kenyataan yang disiarkan tidak pernah dikeluarkan dan tiada kaitan dengan SPRM atau mana-mana pegawai suruhanjaya ini," katanya.

Artikel Berkaitan: