X

Kindly register in order to view this article
!

Kuih Nekbat

A
A

Pengusaha kuih tradisional Nafisah Yunus, 60, membakar kuih nekbat menggunakan bara api yang terhasil daripada sabut kelapa ketika ditemui di tempat proses kuih-muih tradisional di kediamannya di Kampung Merabang Kubang Golok di Bachok.

Hanya tiga bahan digunakan untuk membuat nekbat ini iaitu putih telur itik, gandum dan air, dan dibakar dalam tempoh kira-kira 10 minit hingga 12 minit. Nekbat hanya dimasak pada Ramadan sahaja, dalam sehari mereka menghasilkan kira-kira 9,000 biji untuk tempoh sebulan berpuasa.

Nekbat kering dijual dengan harga RM1 untuk lima biji dan nekbat sira (rendaman nekbat dalam air gula) dijual dengan harga RM2 untuk lima biji. - Foto Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!