Pemain simpanan bukan sekadar pelengkap

Syahmi meraikan jaringannya ketika menentang Melaka United FC di Stadium Hang Jebat pada Jumaat.
Syahmi meraikan jaringannya ketika menentang Melaka United FC di Stadium Hang Jebat pada Jumaat.
A
A
A

TONGGAK pertahanan Harimau Malaya, Syahmi Safari menganggap pemain simpanan perlu sedar kepentingan mereka dalam memberikan impak kepada pasukan, bukan hanya sekadar menjadi pelengkap.

Bagi Syahmi, setiap pemain mempunyai peranan yang cukup penting di atas padang untuk membantu pasukan terutamanya ketika waktu kritikal dalam memburu kemenangan.

Malah, Syahmi memastikan setiap minit itu cukup berharga untuk merebut segala peluang sehingga akhirnya berjaya membantu Selangor FC meraih tiga mata ketika menentang Melaka United FC di Stadium Hang Jebat pada Ahad lalu.

“Alhamdulillah rezeki untuk saya pada bulan ini dapat menjaringkan gol selepas kali terakhir melakukan jaringan pada tahun 2019. Memang sebenarnya baik pemain utama atau simpanan, kita semua penting.

“Bagi pemain simpanan, apabila dimasukkan, kita kena pastikan dapat beri sesuatu di atas padang dan penting untuk kita bagi balik kekuatan kepada pasukan apabila ketinggalan untuk mengejar jaringan,” katanya.

Bercakap mengenai pengendalinya, Karsten Neitzel, pemain berusia 23 tahun ini menyifatkan sikap beliau yang begitu mementingkan tahap intensiti latihan yang tinggi membuatkan pemain berusaha keras merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Beliau sangat profesional dalam latihan di mana tahap intensiti dalam latihan memang tinggi dan pemain-pemain akan bagi 100 peratus untuk bersaing mendapat tempat

“Secara tidak langsung, pasukan itu sendiri akan terus memperbaiki prestasi untuk berada di tahap yang lebih baik dan saya sendiri banyak lagi yang kena belajar terutamanya daripada segi bertahan,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: