Kadar kebolehjangkitan di Kelantan melepasi Rt negara

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di Kelantan adalah 1.43 melepasi Rt negara, 1.19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, nilai tersebut merupakan jangkaan mengikut kes harian pada Selasa.

"Kadar Rt Kuala Lumpur adalah 1.28 diikuti Negeri Sembilan (1.18), Sarawak (1.17), Terengganu (1.15), Selangor (1.10) dan Sabah (1.10)," katanya menerusi ciapan di Twitter pada Rabu.

Menurutnya, Kedah merekodkan nilai Rt 1.09, Melaka (1.06) dan Pahang (1.0).

"Empat negeri merekodkan kadar Rt di bawah satu adalah Pulau Pinang (0.91), Putrajaya (0.97), Johor (0.9) dan Perak (0.82)," katanya.

Nilai Rt merujuk kepada kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan Kelantan merekodkan 429 kes positif Covid-19 yang membabitkan 426 jangkitan tempatan, satu kes penjara dan dua kes import B serta C.

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 2,341 kes positif Covid-19 dilaporkan di seluruh negara pada Selasa.