Hishammuddin tiada maklumat dengan tajaan Da Ma Cai

Hishamuddin
A
A

SEMENYIH - Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung syarikat perjudian menaja lawatan kerja polis ke luar negara ketika zaman pentadbiran BN.

Hishammuddin yang pernah menjawat jawatan berkenaan dari tahun 2009 hingga 2013 berkata, maklumat tentang perkara itu tidak pernah sampai kepadanya, meskipun jika perkara itu pernah berlaku.

Hishamuddin bersama calon BN, Zakaria Hanafi melawat dan beramah mesra bersama penduduk setempat di Pasar Malam Taman Jenaris Kajang hari ini.
Hishamuddin bersama calon BN, Zakaria Hanafi melawat dan beramah mesra bersama penduduk setempat di Pasar Malam Taman Jenaris Kajang hari ini.

“Saya secara peribadi tidak tahu (lawatan polis ditaja Da Ma Cai), kalau adapun tidak sampai ke tahap sayalah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan walkabout di tapak pasar malam Sri Jenaris bersama jentera Pas, petang ini.

Mengulas lanjut perkara ini, katanya, tindakan syarikat perjudian menaja lawatan polis tidak sepatutnya berlaku.

“Sama ada betul atau tidak (syarikat judi taja lawatan polis), kalau betul saya rasa ia tidak kena sebab orang yang membiayai lawatan itu ada kepentingan dan ia mesti diperjelaskan (kerajaan sekarang),” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebagai berkata kerajaan BN yang meluluskan lawatan kerja polis ke Turki atas tajaan sebuah syarikat perjudian.

Hishammuddin turut membidas tuduhan Guan Eng yang berterusan menyalahkan kerajaan BN apabila melibatkan perkara buruk berlaku.

“Sekarang mereka (PH) memerintah, kenapa nak menuding jari kepada kerajaan sebelum ini untuk apa.

"Orang kata semua semua projek diluluskan kerajaan sebelum ini (BN) sudah dibatalkan Guan Eng, jadi kenapa dia nak salahkan kita,” katanya.