10x Valley sasar lahir 10 syarikat 'IPO-Ready'

Chiau Haw Choon (duduk kiri) dan Joescher Chee (duduk kanan) menandatangani perjanjian usaha sama antara dua syarikat berkenaan bagi menjayakan penubuhan 10X Valley pada Khamis minggu lalu.
Chiau Haw Choon (duduk kiri) dan Joescher Chee (duduk kanan) menandatangani perjanjian usaha sama antara dua syarikat berkenaan bagi menjayakan penubuhan 10X Valley pada Khamis minggu lalu.
A
A
A

PUSAT transformasi perniagaan dan kehidupan, 10X Valley menyasarkan untuk memupuk sekurang-kurangnya 10 syarikat yang bersedia untuk tawaran am permulaan (IPO) apabila hub bisnes berukuran lebih 80,000 kaki persegi itu, berjaya disiapkan pada tahun 2023.

Bagi menjayakan misi membina 10X Valley, satu perjanjian usaha sama antara syarikat Chin Hin Group Property Berhad dan 10X CEOs Sdn Bhd ditandatangani di Wisma Chin Hin, Khamis lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan Chin Hin Group Berhad, Chiau Haw Choon berkata, penubuhan 10X Valley bertujuan membantu mana-mana syarikat perniagaan menjadi 'franchise-ready', 'IPO-ready' dan 'Future-ready'.

Berfungsi sebagai platform bimbingan perniagaan global dengan misi mewujudkan perniagaan penting, beliau menjelaskan syarikat 10X CEOs Sdn Bhd akan memanfaatkan kepakaran mereka untuk mewujudkan persekitaran merangsang dan memperkasakan perniagaan untuk berkembang.

"Terdapat 10 elemen di 10X Valley iaitu Hub (penyumberan luar global); Conclave (dewan dan ruang mesyuarat untuk 500 persidangan); Assemble (pejabat); Recharge (pusat kesihatan & holistik); Alfresco (dalaman dan terbuka restoran); Nest (pejabat rumah duplex loft), Stellar (660 units kediaman) dan Village (ruang runcit); Melody (pusat pendidikan awal kanak-kanak).

"Oleh itu, kami ingin mencari rakan berwawasan untuk mewujudkan persekitaran transformatif dan positif. Kami ingin memupuk 10 syarikat bersedia untuk IPO apabila 10X Valley siap pada 2023.

"Dalam 10 tahun akan datang, kami berharap boleh melihat 100 syarikat IPO-Ready yang merupakan 10 peratus anggota daripada 10X Valley. Saya percaya ini akan menambah nilai yang luar biasa dalam masyarakat dan negara kita dari sudut ekonomi," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, Pengasas 10XCEO, Joescher Chee berkata, 10X Valley juga bakal menjadi hub penyelesaian sehenti untuk syarikat perusahan kecil dan sederhana (PKS).

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, 10X Valley memberi kemudahan membenarkan semua ahli berkongsi sumber dan mendapatkan akses kepada 20 tonggak dalam perniagaan dan kehidupan, 100 sumber yang diperlukan untuk merumuskan, memperkorporat dan mengglobalisasi organisasi mereka.

Selain itu, beliau menegaskan terdapat pemimpin perniagaan dan pelatih yang menyediakan 52 bengkel dan latihan dalam setahun, untuk meningkatkan kadar kejayaan usahawan dan memacu pertumbuhan mereka dengan cepat.

"Usahawan elit yang terpilih di kalangan ahli 10X Valley akan mendapat akses eksklusif kepada rakan pembiayaan 10X Valley, mulai daripada pembiayaan benih, pelabur malaikat, modal usaha niaga, firma ekuiti swasta, pembiayaan pra-IPO kepada bank pelaburan.

“Setiap pengusaha di 10X Valley harus dilengkapi dengan pemikiran, set kemahiran dan alat tepat untuk berkembang maju dalam perniagaan dan kehidupan, dan membentuk komuniti yang saling menyokong dan memanfaatkan kekuatan dan sumber daya satu sama lain. Inilah yang kami ingin menciptakan untuk pengusaha di 10X Valley," katanya.