ESL penyelamat masa depan bola sepak Eropah

Florentino Perez
Florentino Perez
A
A
A

PRESIDEN Real Madrid, Florentino Perez menganggap cadangan penganjuran Liga Super Eropah (ESL) bertujuan 'menyelamatkan bola sepak' biarpun idea penganjuran kejohanan itu menerima kritikan hebat sejak diumumkan pada Ahad.

Perez berkata, ESL mampu menjadi platform kepada kelab yang terlibat untuk kembali menjana pendapatan selepas terkesan ekoran krisis pandemik Covid-19 sejak awal tahun lalu.

"Bola sepak harus berkembang. Kami harus memikirkan mengapa golongan remaja dan kanak-kanak yang berusia antara 16 hingga 24 tahun sudah mula hilang minat terhadap bola sepak.

"Apabila anda hanya menjana pendapatan daripada televisyen, anda akan memahami jalan keluarnya adalah dengan menjadikan sesuatu kejohanan itu lebih kompetitif dan menarik yang boleh disaksikan di seluruh dunia.

"Kami memutuskan pada pertengahan minggu, bukannya ketika Liga Juara-Juara (UCL) berlangsung untuk mengadakan lebih banyak perlawanan Liga Super Eropah. Kami harus menjadikannya lebih menarik.

"Ini bukan sesuatu untuk orang kaya. Kami melakukan ini demi menyelamatkan bola sepak. Kelab-kelab terbesar di England, Itali dan Sepanyol telah menemui jalan keluar untuk situasi yang sangat sukar dalam bola sepak ini," katanya yang juga Pengerusi ESL.

Setakat ini, tiga kelab gergasi, Real, Barcelona dan Atletico Madrid dan enam kelab utama Liga Perdana Inggeris (EPL) - Manchester United, Liverpool, Chelsea, Manchester City, Tottenham dan Arsenal serta tiga wakil Seria A - Juventus, Milan dan Inter bersetuju mengambil bahagian pada kejohanan itu.

Artikel Berkaitan: