FIFA bantah ESL

Gianni Infantino
Gianni Infantino
A
A
A

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bertegas tidak bersetuju dengan cadangan pengenalan saingan Liga Super Eropah (ESL).

Presiden FIFA, Gianni Infantino berkata, badan bola sepak dunia itu tidak akan bersetuju dengan pengenalan kepada saingan ESL yang bertentangan dengan persekitaran semasa iaitu liga, persatuan, UEFA dan FIFA.

"Pembentukan ESL amat-amat bertentangan dengan semangat liga, persatuan, UEFA dan FIFA. Jadi FIFA tidak akan bersetuju dengan cadangan ini. Tugas FIFA adalah untuk melindungi model sukan ini di Eropah. Jika ada yang mahu mengikut jejak langkah kelab yang menyertai ESL ini, maka mereka perlu menerima akibatnya," kata Infantino pada Kongres Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) di Switzerland.

Kelab elit Eropah Liverpool, Arsenal, Chelsea, Manchester City, Manchester United dan Tottenham Hotspur dari England bersama gergasi Sepanyol Barcelona, Atletico Madrid dan Real Madrid serta gergasi Itali, Juventus, AC Milan dan Inter Milan sebelum ini menyatakan persetujuan menyertai saingan ESL.

Bagaimanapun UEFA yang juga badan induk bola sepak Eropah itu telah mengeluarkan amaran akan melarang kelab tersebut daripada menyertai saingan domestik dan kejuaraan Eropah lain termasuk Liga Juara-Juara.

Biarpun begitu Presiden Real Madrid, Florentino Perez yang mengemudi ESL tampil menegaskan UEFA sukar untuk mengambil tindakan terhadap 12 kelab tersebut.

Artikel Berkaitan: