Nash cedera terbabit kemalangan di lebuh raya

Keadaan Nash ketika terlibat dalam kemalangan di Kilometer 250.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara pada Selasa. - Foto: Sumber orang awam
Keadaan Nash ketika terlibat dalam kemalangan di Kilometer 250.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara pada Selasa. - Foto: Sumber orang awam
A
A
A

SEREMBAN - Penyanyi legenda tanahair, Datuk Jamaludin Elias, atau lebih dikenali sebagai Nash mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 250.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 4 petang itu, mangsa yang merupakan vokalis kumpulan Lefthanded dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Harrier yang dipandu oleh pemandunya melanggar lopak air, menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya.

"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan luka di muka dan sakit dada, manakala pemandunya yang berumur 33 tahun, mengalami kecederaan luka-luka ringan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Artikel Berkaitan: