Dua pemancing hilang ditemui selamat di perairan Brunei

A
A

LABUAN - Dua pemancing yang dilaporkan hilang apabila tidak balik ke rumah selepas pergi memancing Jumaat lepas, ditemui selamat kira-kira jam 2 petang semalam di kawasan perairan Brunei.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Labuan, Kapten Maritim Che Adnan Md Isa berkata, Albert Jukaring, 35 dan Aman Shah Jiris, 32, ditemui oleh nelayan Brunei, dan diserahkan kepada pihak Maritim pada jam 3.15 petang.

Menurutnya Albert memaklumkan bahawa bot mereka mengalami kerosakan, menyebabkan ia terus hanyut sebelum ditemui oleh nelayan berkenaan.

Beliau berkata kedua-dua mereka dilaporkan keluar memancing dari jeti dekat Labuan pada pukul 2.00 petang pada hari Jumaat, dan menurutnya semalam polis ada menerima panggilan kecemasan daripada salah seorang pemancing berkenaan memberitahu enjin bot mengalami kerosakan. - Bernama