Penjelasan mengenai kenyataan SPRM menyentuh tentang SPA

SPRM
SPRM
A
A
A

SHAH ALAM - Merujuk kepada laporan bertajuk 'Peristiwa hitam' yang melanda Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2016 perlu dijadikan iktibar kepada semua pihak yang disiarkan dalam Sinar Harian Online, terdapat kekhilafan laporan berhubung kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Berikut adalah kenyataan sebenar yang disebut oleh Shamshun dalam Majlis Pelancaran #RasuahBusters bersama Allianz Malaysia dan berbuka puasa pada Isnin:

“Ini untuk bagi mengelak berlakunya tragedi seperti pada tahun 2016, apabila bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Datuk Seri Shukri Abdull yang dipendekkan tempoh perkhidmatan mereka.

“Untuk memiliki suruhanjaya perkhidmatan kita sendiri, memang memerlukan pindaan perlembagaan, kalau tidak, pengambilan dan pemecatan pegawai serta anggota kita masih bergantung kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sama seperti jabatan kerajaan yang lain,” katanya.

Artikel Berkaitan: