Kerajaan dukacita sesetengah pihak tafsir ikut selera sendiri

Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan melahirkan rasa dukacita terdapat sesetengah pihak yang cuba membuat tafsiran tentang undang-undang mengikut selera sendiri seolah-olah bertujuan meraih populariti dalam kalangan rakyat di saat semua jentera ditumpukan termasuk kewangan bagi memerangi Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan turut menyeru Majlis Peguam Malaysia dan semua pengamal undang-undang bertindak mengikut lunas undang-undang yang termaktub termasuk memberikan kefahaman serta pencerahan undang-undang kepada masyarakat.

“Sebagai badan profesional bidang undang-undang, saya yakin Majlis Peguam tetap mendokong prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang negara serta akan terus menentang usaha-usaha memesongkan kehendak undang-undang.

“Terutamanya ketika negara sedang berada dalam keadaan kritikal dan getir dengan penularan berterusan wabak Covid-19 ini,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Takiyuddin menambah, perlu ditekankan bahawa Ordinan Darurat hanyalah terpakai ketika negara berada di dalam tempoh darurat yang akan tamat pada 1 Ogos ini sahaja.

Beliau turut mengharapkan langkah kerajaan yang semata-mata menumpukan kepada aspek kesihatan, ekonomi dan sosial juga difahami sepenuhnya oleh semua lapisan masyarakat demi kebaikan individu, masyarakat, komuniti dan negara.

Artikel Berkaitan: