Jokowi, Prabowo bertemu debat pusingan kedua

Jokowi dan Prabowo bersama regu masing-masing ketika debat pusingan pertama pada 17 Januari lalu.
Jokowi dan Prabowo bersama regu masing-masing ketika debat pusingan pertama pada 17 Januari lalu.
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA. Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi bertemu pencabarnya, Prabowo Subianto dalam debat pusingan kedua pada Ahad menjelang Pilihan Raya Presiden (Pilpres) pada April depan.

Kedua-dua calon presiden itu akan saling membahaskan polisi mereka tentang tenaga, makanan dan infrastruktur tanpa bantuan soalan seperti sebelum ini.

Jokowi kini sedang mencari mandat baharu untuk meningkatkan projek infrastruktur dan nasionalisme ekonomi yang dicapai pada penggal pertama pemerintahan yang menyaksikan kerajaan mengambil kawalan aset daripada syarikat ternama seperti Freeport-McMoran Inc dan Chevron Corp.

Prabowo pula berjanji untuk mengurangkan kadar cukai syarikat dan individu untuk memulihkan ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu.

Selain itu, beliau juga mahu melaksanakan program untuk golongan miskin termasuk membalikkan salah satu dasar paling tidak popular Jokowi iaitu menghapuskan subsidi bahan bakar RON88 dan menaikkan gaji kakitangan awam serta polis.

Perdebatan itu diadakan di tengah-tengah kempen pilihan raya yang semakin panas selepas Jokowi mendakwa Prabowo menggunakan perunding asing selain pengaruh Rusia.

Prabowo bagaimanapun bertindak balas dengan menyalahkan salah pengurusan Jokowi terhadap ekonomi menjadi punca peningkatan import makanan negara, hutang luar negara dan jurang perdagangan yang semakin luas. - Bloomberg

Artikel Berkaitan: