Lukisan mural wanita mencolok mata sudah 'berbaju'

MDKS memandang serius dakwaan pelayar media sosial mengenai gambar lukisan mencolok mata di Sungai Buloh Jeram di sini yang tular di media sosial.
MDKS memandang serius dakwaan pelayar media sosial mengenai gambar lukisan mencolok mata di Sungai Buloh Jeram di sini yang tular di media sosial.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) memandang serius dakwaan pelayar media sosial berhubung lukisan mencolok mata di Sungai Buloh di sini yang tular di media sosial.

MDKS dalam kenyataannya memaklumkan, maklumat awal yang diterima oleh MDKS pada jam 7 malam Isnin adalah lukisan tersebut masih dalam 20 peratus proses lakaran dan seterusnya tular di media sosial.

Sehubungan itu, kenyataan itu memberitahu, MDKS telah mengarahkan pelukis untuk menyiapkan bahagian yang sensitif dengan kadar segera dalam tempoh tiga jam.

"Lukisan disempurnakan pada jam 10 malam, 40 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya sebelum 26 April 2021," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN Bukit Melawati dapatkan penjelasan pelukis mural mencolok mata

MDKS dalam kenyataannya turut memberi amaran tegas terhadap mana-mana pihak supaya lebih berhati-hati dalam penghasilan karya seni.

"Mana-mana penggiat seni perlu sentiasa berhati-hati dan menjaga sensitiviti budaya tempatan dalam penghasilan karya seni selain merujuk kepada MDKS terlebih dahulu," katanya.

Sebelum ini tular lukisan mural tiga wanita berbogel di dinding bangunan di Sungai Buloh Jeram di sini pada Isnin.

Bagaimanapun, selepas mendapat pelbagai kecaman lukisan itu kemudian diubah dengan menukar mural wanita terbabit memakai baju tidur.

Artikel Berkaitan: