Nama SMK Permai belum muktamad

Perkataan Permai pada tembok nama sekolah diconteng dan ditukar kepada perkataan Mak Chili dalam kejadian pada Ahad. (Gambar kecil: Hanafiah Mat)
Perkataan Permai pada tembok nama sekolah diconteng dan ditukar kepada perkataan Mak Chili dalam kejadian pada Ahad. (Gambar kecil: Hanafiah Mat)
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Nama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permai di jalan Mak Chili, Chukai di sini belum dimuktamadkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat berkata, beliau difahamkan satu mesyuarat akan diadakan oleh jawatankuasa penaja bagi cadangan penukaran nama sekolah baharu terbabit.

"Isu mengenai nama sekolah ini masih boleh dibawa ke meja rundingan kerana nama yang diberikan itu masih belum muktamad.

"Saya difahamkan perkara ini berlaku 10 tahun lalu ketika proses mengangkat peruntukan bagi pembinaan sekolah dilakukan. Ketika itu cadangan asal nama sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Permai.

"Bagaimanapun, jawatankuasa penaja masih boleh cadangkan untuk tukar nama sekolah itu kepada nama lain," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki conteng tembok nama sekolah ditahan

Hanafiah berkata, rasa tidak puas hati terhadap nama sekolah itu ditularkan di laman Facebook sejak dua minggu lalu.

Justeru, Hanafiah berkata, beliau meminta semua pihak untuk tidak bertindak secara membuta tuli dan mendapatkan maklumat daripada mereka yang lebih arif.

Pada Isnin, polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat kegiatan vandalisme iaitu menconteng tembok nama SMK Permai di jalan Mak Chili, di sini.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, lelaki terbabit ditahan di kediamannya di Kampung Mak Chili jam 12.30 tengah hari.