Wanita hamun pengawal keselamatan ditahan

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Polis telah menahan seorang wanita pada Selasa bagi membantu siasatan insiden seorang pengawal keselamatan yang dihamun, gara-gara menegur tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di sebuah hospital swasta.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, wanita tersebut ditahan pada jam 11.45 pagi di Tanjung Ipoh, Kuala Pilah.

"Kita masih menjalankan siasatan terhadap wanita tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan seorang wanita bertindak menghamun seorang pengawal keselamatan selepas ditegur kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di sebuah hospital swasta di daerah ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.35 petang Ahad, polis menerima satu laporan daripada pengawal keselamatan lelaki berusia 47 tahun berhubung kejadian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tegur wanita tidak patuh SOP, pengawal keselamatan dihamun

Artikel Berkaitan: