Maszlee benarkan pembangkang masuk sekolah

Maszlee dan Ikmal Hisham di lobi Parlimen hari ini.
Maszlee dan Ikmal Hisham di lobi Parlimen hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Semua wakil rakyat pembangkang dibenarkan memasuki sekolah sekiranya mematuhi prosedur dan syarat yang ditetapkan.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, antaranya termasuklah tidak boleh berkempen politik dan membawa bendera parti.

"Mereka kena sebutlah, mereka nak buat agihan dan sebagainya.

"Mereka tidak boleh kempen politik, bawa bendera. Lebih kepada menjalankan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat," katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Tak setuju isu larangan pembangkang masuk sekolah']

Selain itu, katanya, wakil rakyat pembangkang juga perlu mengemukakan permohonan rasmi kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

"Seperti semalam, Ahli Parlimen Tanah Merah, (Datuk Seri Ikmal Hisham Abd Aziz) mengemukakan permohonan dan kita ajukan kepada JPN terbabit," katanya.

Menurut beliau, Pas juga telah memberikan senarai permohonan untuk wakil rakyat mereka memasuki sekolah.

"Jadi khabar angin yang kata saya halang ahli parlimen dan wakil rakyat pembangkang ke sekolah itu tidak benar.

Artikel Berkaitan:


"Kalau boleh lebih ramai lagi wakil rakyat contohi Pas kemukakan satu senarai permohonan dan kita berikan keizinan kepada mereka," katanya.