X

Kindly register in order to view this article
!

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada Tengku Permaisuri Selangor

1039283 (1)
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin atas kembalinya ke rahmatullah ayahanda Tengku Permaisuri Selangor, Allahyarham Abdul Rahman Baba, 89, pada Selasa.

Ucapan yang sama turut dirakamkan oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi kenyataan yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook Istana Negara.

Menerusi kenyataan itu, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih di atas pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

Istana Selangor menerusi satu hantaran di laman Instagram Selangor Royal Official pada Selasa memaklumkan bahawa Abdul Rahman, meninggal dunia akibat sakit tua, pada jam 3.40 pagi tadi (Selasa). - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!