X

Kindly register in order to view this article
!

Pasangan kekasih ditahan lalok

Pasangan kekasih berusia 24 tahun ditahan di sebuah premis cuci kereta di Kampung Pek yang dijadikan sebagai ‘port’ menghisap dadah.
A
A

MACHANG - Sepasang kekasih antara 21 penagih dadah yang ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Machang di sekitar daerah ini sepanjang Mac lalu.

Kesemua mereka berusia antara 24 hingga 40 tahun ditahan dalam Ops Cegah yang disertai lapan penguatkuasa AADK Machang.

Ketua Pegawai AADK Machang, Muhamad Azan Mat Junoh berkata, pasangan berusia 24 tahun itu ditahan di sebuah premis cuci kereta di Kampung Pek yang dijadikan sebagai ‘port’ menghisap dadah.

Menurutnya, ketika ditahan pasangan itu dalam keadaan khayal kerana kesan penagihan bahan terlarang.

“Hasil siasatan mendapati premis ini sering digunakan oleh lelaki yang dipercayai teman lelaki wanita tersebut sebagai tempat untuk menghisap dadah.

“Ujian saringan awal mendapati kedua-dua suspek positif methamphetamine dan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah,” katanya.

Muhamad Azan berkata, pasangan terbabit akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang kerana dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah selain rekod ingkar mengikuti program di AADK.

“Kesemua mereka dikenakan tindakan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Operasi diteruskan dari masa ke masa oleh pihak AADK Machang bagi mengekang gejala penagihan dadah,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!