X

Kindly register in order to view this article
!

16 Jun keputusan kes pemandu lori bunuh isteri, anak

Satvender Singh (kanan) hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, bagi hujahan akhir kes pembelaan terhadap pertuduhan membunuh isteri dan bayi perempuannya pada 14 April 2016.
A
A

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi pada Selasa menetapkan 16 Jun ini sebagai tarikh keputusan kes seorang pemandu lori Satvender Singh, 35, yang didakwa membunuh isteri dan bayi perempuannya berusia tujuh bulan, lima tahun lepas.

Hakim, Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam keputusannya berkata beliau menetapkan tarikh itu, selepas mendengar hujahan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan, pada akhir kes pembelaan pada Selasa.

“Saya tetapkan 16 Jun depan tarikh keputusan bagi kes ini,” katanya di sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mahadhir Mohd Khairudin sementara tertuduh diwakili peguam Datuk Rajpal Singh.

Satvender didakwa membunuh D. Kamaljit, 34, dan bayinya Ishilyn Kaur Sandhu antara 3.55 pagi dan 4.15 pagi di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Rawang Perdana 2, Rawang pada 14 April 2016.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Bunuh isteri dan anak: Pemandu lori diarah bela diri


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!