Terowong dalam air tarikan baharu The Shore Oceanarium

Norizam (tengah) dan Fong (dua, kanan) menerima baju T kempen kesedaran selamatkan penyu di Program Konservasi Penyu di The Shore Oceanarium Melaka, semalam. Turut kelihatan, Harmoni bersama ibu dan bapanya iaitu Luke Adam dan Farhana.
Norizam (tengah) dan Fong (dua, kanan) menerima baju T kempen kesedaran selamatkan penyu di Program Konservasi Penyu di The Shore Oceanarium Melaka, semalam. Turut kelihatan, Harmoni bersama ibu dan bapanya iaitu Luke Adam dan Farhana.
A
A
A

MELAKA - The Shore Oceanarium Sdn Bhd yakin mampu capai pertambahan pengunjung sebanyak 10 peratus apabila tarikan terbarunya iaitu terowong dalam air siap siap nanti.

Pengarah Urusannya, Chew Chert Fong berkata, pembinaan terowong berkenaan yang juga dikenali sebagai The Shore Oceanarium Fasa 2 itu menyaksikan pertambahan kira-kira 100 spesies ikan membabitkan pelaburan bernilai RM5 juta.

"Kerja-kerja pembinaannya akan dimulakan Mac depan dan dijangka siap dalam tempoh lapan bulan

"Pengunjung akan dapat menikmati pengalaman lebih menarik dan berbeza berbanding produk sebelumnya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media The Shore Oceanarium sempena Tahun Melawat Melaka 2019 dan Program Konservasi Penyu, di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani, Norhizam Hassan Baktee.

Pada majlis berkenaan, turut diperkenalkan kanak-kanak berusia tiga tahun, Harmoni Chinta yang akan mewakili Malaysia ke program realiti TV di Amerika Syarikat, America's Rising Stars.

Mengiringi kanak-kanak itu, pasangan ibu bapanya, Luke Adam Mitchell, 55, kelahiran Australia, dan isteri Farhana Mitchell, 35, kelahiran Terengganu.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Cehrt Fong turut mengumumkan, The Shore Oceanarium berbesar hati menawarkan promosi pakej kombo bermula 1 Mac nanti bagi setiap kemasukan ke Oceanarium dan Taman Interaktif realiti maya (VR) serta dan augmented reality (AR).

"Sekarang ini tiket masuk bagi Oceanarium RM33 bagi dewasa dan RM23.50 bagi kanak-kanak manakala bagi AR dan VR pengunjung dikenakan bayaran tambahan RM25.

"Dengan adanya promosi kombo ini mereka hanya dikenakan RM40 bagi dewasa serta RM30 bagi kanak-kanak untuk menikmati keduanya," katanya. katanya, tawaran berkenaan diyakini mampu membantu kerajaan negeri merancakkan lagi jumlah kehadiran pengunjung ke Melaka.

Untuk rekod, The Shore Oceanarium menerima seramai 400,000 pelawat sepanjang tahun tahun lalu.