X

Kindly register in order to view this article
!

Vitagen sumbang 30,000 botol minuman

Jay Queen (tengah) bersama Timbalan Pengarah Hospital Selayang, Dr Tengku Intan Norleen Tengku Sharif (depan, kiri)dan pegawai perubatan di Majlis Penyampaian Projek Inisiatif CSR Vitagen 'Kita Lebih Kuat Bila Kita Sihat Bersama' di yang diadakan di Hospital Selayang baru-baru ini.
A
A

VITAGEN menyumbangkan sebanyak 30,000 botol minuman probiotik kepada petugas barisan hadapan di Hospital Selayang, Selangor selama 30 hari bermula 13 April lalu.

Pengurus Besar Vitagen, Poh Eng Lip berkata, inisiatif itu merupakan sebahagian kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) Vitagen iaitu 'Kita Lebih Kuat Bila Kita Sihat Bersama'.

Eng Lip berkata, bagi umat Islam, Ramadan merupakan bulan mulia untuk mempertingkatkan ibadah sambil meluangkan masa bersama keluarga.

“Namun disebabkan pandemik Covid-19, kebanyakan petugas barisan hadapan yang beragama Islam terpaksa bertugas lebih masa demi mengekang penularan pandemik ini dan melindungi orang ramai.

“Sebagai penghargaan terhadap pengorbanan mereka, Vitagen tampil ke hadapan untuk menyokong mereka yang melindungi rakyat Malaysia dengan menguatkan sistem imun mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Eng Lip berkata, sistem imun yang baik merupakan pertahanan pertama perlindungan daripada jangkitan.

“Sebanyak 70 peratus sistem imun berada dalam sistem penghadaman kita. Oleh itu, adalah penting untuk mengekalkan diet sihat yang merangkumi pengambilan probiotik setiap hari,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemasaran Vitagen, Yap Jay Queen berkata, pihaknya menghargai dan berterima kasih kepada petugas barisan hadapan.

“Kami berterima kasih kepada petugas barisan hadapan. Kami akan melaksanakan banyak inisiatif demi menyokong pembentukan negara yang kuat dan sihat. Kami berkeyakinan sekiranya kita sihat, kita akan menjadi kuat sebagai sebuah masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, setiap botol Vitagen mengandungi berbilion kultur probiotik hidup atau bakteria baik yang dikenali sebagai ‘lactobacillus acidophilus’ dan ‘lactobacillus paracasei’.

“Vitagen terbukti secara klinikal bagi membantu mengekang bakteria jahat di dalam usus dan mengekalkan sistem penghadaman yang baik secara keseluruhan, seterusnya membawa kepada sistem imun yang lebih kuat,” katanya.

Inisiatif CSR tersebut bermula 13 April lalu dan berterusan sepanjang bulan Ramadan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!