X

Kindly register in order to view this article
!

Empat warga Myanmar mabuk, pukul lelaki ditahan

Gambar hiasan.
A
A

KLANG - Polis menahan empat warga Myanmar kerana membuat kecoh hingga mencederakan seorang lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Bukit Tinggi, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa berusia 36 tahun telah dihubungi suami rakannya untuk mendapatkan bantuan kerana sekumpulan lelaki warga Myanmar yang membuat kecoh di rumahnya.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, mangsa telah dipukul oleh kumpulan terbabit dengan bersenjatakan kayu.

"Mangsa yang cedera di kepala, muka dan tangan telah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, susulan itu, sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan berjaya menahan empat lelaki warga Myanmar berusia lingkungan 19 hingga 25 tahun kira-kira jam 4 pagi di Klang.

Katanya, kesemua suspek didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

"Soal siasat kesemua suspek mengaku terlibat dalam kejadian terbabit yang berpunca akibat mereka yang mabuk setelah minum arak di tempat kejadian," katanya.

Tambahnya, kesemua suspek kini direman selama empat hari sehingga 22 April untuk siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!