Luqman Haziq lakar sejarah tersendiri

GBX.LuqmanHzq, muncul juara FIFA Global Series East Asia Qualifier 3 yang berakhir pada Ahad. - GBX.LuqmanHzq
GBX.LuqmanHzq, muncul juara FIFA Global Series East Asia Qualifier 3 yang berakhir pada Ahad. - GBX.LuqmanHzq
A
A
A

PEMAIN e-sukan Muhammad Luqman Haziq Hajiman atau lebih dikenali sebagai GBX.LuqmanHzq, muncul juara FIFA Global Series East Asia Qualifier 3 yang berakhir pada Ahad.

Menerusi kejayaan itu, beliau mencipta sejarah sebagai pemain pertama negara di carta FIFA Global Series, selain memberikan tiket untuknya bermain di FIFA Global Series East Asia Playoff pada Jun depan.

Lebih manis, beliau menjuarainya tanpa sebarang kekalahan.

“Sasaran saya pada awalnya adalah sekurang-kurangnya mendapatkan tempat ketiga kerana ini memperbaiki kedudukan saya di carta FIFA Global Series.

"Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan sokongan dari pasukan saya, saya mampu juarai kejohanan itu,” katanya menerusi kenyataan daripada GBX ESport Team.

Perjalanan Luqman Haziq boleh dikatakan mencabar apabila undian menetapkan beliau bertemu pemain terbaik Asia Timur dari Indonesia Eggsy, dari RRQ di peringkat saringan, dan seterusnya bertemu pemain dari Singapura dan dua pemain dari Jepun.

Pada perlawanan akhir, GBX.LuqmanHzq menumpaskan lawannya dari Singapura Buzzinho 3-2 untuk dinobatkan sebagai juara keseluruhan. - Bernama

Artikel Berkaitan: