X

Kindly register in order to view this article
!

PKPD: Jangan panik, YIK pantau situasi pelajar

Mohamed Fadzli (tiga dari kanan) melakukan tinjauan ke sekolah seliaan YIK yang dikenakan PKPD.
A
A

KOTA BHARU - Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak panik memikirkan nasib anak mereka susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga buah sekolah seliaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) ketika ini.

Tiga buah sekolah itu ialah Tahfiz Sains Nurul Aman (Kok Lanas), Maahad Tahfiz Bunut Sarang Burung (Tumpat) dan Maahad Tahfiz Wal Qiraat Pulai Chondong, (Machang).

Exco Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan dari masa ke masa bagi memastikan situasi pelajar terlibat sentiasa dalam keadaan baik.

"Jangan bimbang, selain pematuhan oleh pihak sekolah, Pejabat Kesihatan Daerah dan agensi-agensi lain turut berbuat demikian.

"Jadi, saya memohon kerjasama ibu bapa untuk bersama pihak sekolah berhadapan situasi sukar ini iaitu melawan Covid-19," katanya selepas melakukan tinjauan ke sekolah seliaan YIK yang dikenakan PKPD pada Isnin.

Menurutnya, pihak sekolah akan terus menghubungi ibu bapa sekiranya ada perkembangan terbaru berhubung pelajar terbabit.

Beliau berkata, apa yang penting ketika ini golongan ibu bapa perlu banyak berdoa supaya ALLAH mengangkat segera cubaan ini.

"Saya akui ada ibu bapa yang menghubungi pihak sekolah atau warden untuk mengetahui keadaan anak-anak mereka.

"Namun, ada ketikanya panggilan mereka (ibu bapa) tidak berjawab, mungkin keadaan tidak mengizinkan, tetapi jangan risau kami sentiasa melakukan pemantauan,” katanya.

Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Temangan, Machang itu berkata, PKPD itu dilaksanakan untuk keselamatan pelajar dan guru-guru.

Katanya, ia berikutan penularan kes harian Covid-19 yang sedang meningkat ketika ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!