X

Kindly register in order to view this article
!

Tingkat taraf hidup komuniti luar bandar

Abd Latiff (dua dari kanan) bersama Dr Mahathir (dua dari kiri) menyerahkan cek kepada Hume Cembord Industries Sdn Bhd pada Majlis Penyerahan dan Penghargaan Rakan Strategik KPLB di perkarangan Masjid Al-Ehsan, Temonyong di sini pada Jumaat.
A
A

LANGKAWI - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melaksanakan inisiatif baharu menerusi Program Rakan Strategik Kementerian Luar Bandar (Program Rakan Strategik) untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.

Menteri KPLB, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, program itu merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam meningkatkan pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar.

Abd Latiff berkata, KPLB menerajui program itu melalui sokongan dan kerjasama syarikat korporat dan swasta manakala pelaksanaannya pula oleh jabatan serta agensi di bawah kementerian dengan matlamat utama meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.

“Inisiatif ini akan memberi peluang kepada masyarakat luar bandar untuk meningkatkan aktiviti ekonomi sekali gus menjana pendapatan lebih baik melalui perkongsian strategik dan kolaboratif antara KPLB serta sektor swasta.

“Program ini dapat meningkatkan kuasa beli kumpulan sasar iaitu masyarakat luar bandar yang dilaksana berdasarkan beberapa daerah terpilih di beberapa negeri,” katanya.

Abd Latiff (empat dari kiri) bersama Dr Mahathir (empat dari kanan) bergambar kenangan bersama Rakan Strategik KPLB yang melaksanakan program CSR pada Majlis Penyerahan dan Penghargaan Rakan Strategik KPLB di perkarangan Masjid Al-Ehsan, Temonyong di sini pada Jumaat.
Abd Latiff (empat dari kiri) bersama Dr Mahathir (empat dari kanan) bergambar kenangan bersama Rakan Strategik KPLB yang melaksanakan program CSR pada Majlis Penyerahan dan Penghargaan Rakan Strategik KPLB di perkarangan Masjid Al-Ehsan, Temonyong di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan dan Penghargaan Rakan Strategik KPLB di pekarangan Masjid Al-Ehsan, Temonyong di sini pada Jumaat. Hadir sama, Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, daerah terpilih perlu bekerjasama dengan syarikat swasta dengan penyelarasan oleh KPLB dan pemantauan oleh agensi atau jabatan KPLB.

“Skop utama program melibatkan ekonomi, keusahawanan dan industri desa, pendidikan dan kemasyarakatan serta keceriaan,” katanya.

Dr Abd Latiff berkata, sebanyak 14 syarikat korporat dan swasta termasuk pihak universiti melaksanakan aktiviti atau sumbangan CSR bersama KPLB sepanjang program itu dilaksanakan di beberapa negeri termasuklah di Kedah.

“Buat masa ini sebanyak 12 syarikat dan universiti terlibat dalam melaksanakan aktiviti atau sumbangan di Kedah yang melibatkan dua daerah iaitu Baling dan Langkawi,” katanya.

Dr Mahathir (dua dari kiri) menyerahkan cek kepada Berjaya Corporation Berhad sambil disaksikan Abd Latiff (tengah) pada Majlis Penyerahan dan Penghargaan Rakan Strategik KPLB di pekarangan Masjid Al-Ehsan, Temonyong pada Jumaat.
Dr Mahathir (dua dari kiri) menyerahkan cek kepada Berjaya Corporation Berhad sambil disaksikan Abd Latiff (tengah) pada Majlis Penyerahan dan Penghargaan Rakan Strategik KPLB di pekarangan Masjid Al-Ehsan, Temonyong pada Jumaat.

Katanya, antara syarikat terlibat ialah Tenaga Nasional Berhad (TNB), Berjaya Corporation Berhad (Berjaya), Boustead Holdings Berhad, Yayasan MRCB, Export Import Bank of Malaysia (EXIM Bank), Halal Development Corporation (HDC), Malaysia Airports Holdings Berhad, SriKandi Skills College, Jabatan Laut Malaysia, Celcom Axiata Berhad dan Hume Cemboard Industries Sdn Bhd.

“Tiga universiti terlibat menjayakan CSR masing-masing ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

“Kita mengalu-alukan lebih banyak rakan strategik khususnya swasta dan syarikat untuk terlibat dalam program ini secara berterusan kerana ia memberikan kesan yang baik kepada mereka yang menyertai program ini,” katanya.

Pada majlis itu, Dr Abd Latiff bersama Dr Mahathir turut melakukan simbolik penyerahan dan plak penghargaan kepada syarikat dan universiti yang terlibat untuk membantu kerajaan membangunkan sosioekonomi setempat melalui aktiviti CSR yang dilaksanakan mereka.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!