X

Kindly register in order to view this article
!

Rasuah: 322 ditangkap dalam tempoh tiga bulan

Seramai 169 individu ditangkap merupakan penjawat awam manakala 153 yang lain merupakan awam. - Gambar hiasan
A
A

[INTERAKTIF] Seramai 322 individu ditangkap berhubung salah laku rasuah dari Januari hingga Mac 2021, menurut laman web rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Daripada jumlah tersebut, 169 individu ditangkap merupakan penjawat awam manakala 153 yang lain merupakan awam.

Penjawat awam ditangkap terdiri daripada kumpulan sokongan seramai 125 individu, pengurusan dan profesional (40) serta pengurusan tertinggi (4).

Sementara awam pula melibatkan penangkapan kumpulan swasta seramai 76 individu, orang awam (75) dan lain-lain (2).

Individu ditangkap bagi Januari berjumlah 42, Februari (109) dan Mac (171).

Statistik tangkapan bagi ketiga-ketiga bulan menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun lalu, terutamanya Februari dan Mac yang mana tangkapan pada Januari 2020 mencatatkan tahanan seramai 81 individu, Februari (84) dan Mac (46).

Peningkatan Jumlah tersebut dipercayai berpunca daripada usaha SPRM membanteras gejala rasuah secara habis-habisan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Perbandingan statistik kedua-dua tahun bagi bulan sama menyaksikan penjawat awam mencatatkan jumlah tangkapan paling tinggi.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, penglibatan penjawat awam dalam pelbagai kes rasuah amat membimbangkan.

"Isu integriti serta salah guna kuasa tidak boleh dipandang remeh sebaliknya perlu diberi perhatian serius kerana usaha untuk membaiki budaya negatif dalam sektor awam mesti dilakukan secara dalaman," katanya.

Justeru, beliau meminta penjawat awam agar bekerjasama dengan SPRM untuk menangani isu itu dengan menjadi pemberi maklumat atau whistleblower.

Tahun lalu, SPRM menahan 467 penjawat awam atas pelbagai kesalahan rasuah.

Statistik tangkapan dipaparkan laman web rasmi agensi berkenaan menunjukkan, jumlah itu melibatkan 349 individu daripada kumpulan sokongan, pengurusan dan profesional (109), dan pengurusan tertinggi (9).

Bagaimanapun, angka itu menunjukkan penurunan berbanding 572 penjawat awam yang ditangkap atas kesalahan terbabit pada 2019.

Bagi tangkapan rasuah 2020, laman web rasmi SPRM mencatatkan seramai 152 adalah pesalah rasuah yang mana 126 terdiri daripada lelaki manakala selebihnya adalah perempuan iaitu 26.

Mereka terdiri daripada pelbagai warganegara iaitu Malaysia, Indonesia, Vietnam, Pakistan, Bangladesh, India, Nepal, China dan Brazil.

Bagi kategori pula, pesalah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu penjawat awam, badan berkanun, orang awam dan swasta.

Bagi kategori negeri, Sabah mencatatkan pesalah paling tinggi iaitu 21 individu diikuti oleh Johor dan Terengganu (15) serta Kuala Lumpur, Selangor dan Sarawak (14).

Sementara itu, Labuan dan Ibu pejabat tidak mencatatkan sebarang pesalah pada 2020.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!