SPRM mahu 'peristiwa hitam' tahun 2016 jadi iktibar

Shamshun Baharin
Shamshun Baharin
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] 'Peristiwa hitam' yang melanda Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2016 perlu dijadikan iktibar kepada semua pihak.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil, SPRM sebelum ini telah pun meminta untuk mewujudkan satu suruhanjaya khas bagi pengambilan kakitangan sendiri dan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM dilantik di bawah peruntukan undang-undang.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu memerlukan pindaan perlembagaan di Parlimen.

“Ini untuk bagi mengelak berlakunya tragedi seperti pada tahun 2016, apabila bekas Ketua Suruhanjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Datuk Seri Shukri Abdull yang dipendekkan tempoh perkhidmatan mereka.

“Untuk memiliki suruhanjaya perkhidmatan kita sendiri memang memerlukan pindaan perlembagaan, kalau tidak pengambilan dan pemecatan pegawai dan anggota kita masih bergantung kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sama seperti jabatan kerajaan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Pelancaran #RasuahBusters bersama Allianz Malaysia dan berbuka puasa pada Isnin

Artikel Berkaitan: