Anggota polis maut motosikal terbabas

Anggota polis disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah di bahagian kepala.
Anggota polis disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah di bahagian kepala.
A
A
A

PERAI - Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas dalam kejadian di susur masuk Jambatan Pulau Pinang di sini, petang Isnin.

Dalam kejadian jam 5.05 petang itu, Muhamad Haikal Shaffik Abdul Rahim, 31 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 bersendirian dari arah Perai menghala ke Pulau Pinang terbabas dan melanggar tiang di kiri jalan.

"Anggota polis berkenaan bertugas di bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda berasal dari Teluk Kumbar, Bayan Lepas.

"Akibat kejadian itu, dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,"katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Shafee berkata, mayat anggota polis itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: