X

Kindly register in order to view this article
!

Hasil projek kebun bandar dikembalikan kepada gelandangan

Annuar meninjau kebun bandar yang terletak bersebelahan Anjung Kelana di Kuala Lumpur pada Isnin.
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 64 gelandangan yang ditempatkan di Pusat Transformasi Gelandangan atau dikenali sebagai Anjung Kelana terlibat dalam projek kebun bandar ‘Hijrah Warrior’.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, program berkebun di atas tanah seluas 82,000 kaki persegi bersebelahan Anjung Kelana itu merupakan inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurutnya, ia untuk meningkatkan taraf hidup gelandangan di bandar menerusi Program Bantu Gelandangan 2.0.

Katanya, antara tanaman kontan diusahakan di peringkat awal ialah kangkung dan keledek kerana mudah ditanam dan tempoh tuaian yang singkat.

"Selain tanaman kontan sedia ada, tanaman yang dirancang ialah timun (fertigasi), bendi, kacang buncis, bayam, sawi (batas), tembikai (batas) yang dijangka boleh dituai dalam masa dua hingga tiga bulan.

"Pada masa ini, tanaman kangkung dijangka dapat dituai dalam tempoh dua minggu lagi, manakala sebanyak 500 polibeg timun yang ditanam boleh memberikan hasil kira-kira empat hingga enam kilogram bagi satu pokok," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Annuar berkata, tanaman tersebut akan dijual di koperasi terpilih sekitar Kuala Lumpur.

Beliau berkata, hasilnya akan disalurkan kepada mereka yang mengusahakan projek tersebut termasuk Persatuan Kebajikan Golongan Asnaf dan Gelandangan Kuala Lumpur dan Selangor (KASGE) yang telah memberikan latihan serta bimbingan bagi tujuan tersebut.

Tambah beliau, DBKL juga sedang mewujudkan aktiviti jualan di Pusat Transformasi Anjung Kelana bagi memasarkan hasil tani gelandangan berkenaan.

Kebun bandar merupakan usaha membantu gelandangan mendapatkan pekerjaan dan menjana pendapatan sendiri, di samping diberikan penempatan selesa buat mereka berteduh.

Berbanding tahun lalu, gelandangan yang diselamatkan diserap ke bidang pekerjaan di kilang sebelum konsep baharu pertanian bandar dilaksanakan bagi fasa dua.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!