X

Kindly register in order to view this article
!

Pekerja ladang maut, rakan bakar rumah

Seorang pekerja ladang warga Indonesia dipercayai telah menyimbah minyak petrol di ruang tamu rumah yang menyebabkan kebakaran dan mengorbankan rakan senegaranya. - Foto ihsan polis
A
A

BELURAN - Seorang pekerja ladang sawit warga Indonesia berusia 29 tahun, maut akibat lecuran serius dalam satu kebakaran yang dimulakan oleh rakan senegaranya dekat sini.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, kejadian berlaku pada Ahad kira-kira jam 8 pagi di sebuah rumah kongsi pekerja ladang sawit, dekat sini.

“Siasatan mendapati suspek seorang pekerja ladang warga Indonesia berumur 34 tahun, dipercayai telah menyimbah minyak petrol di ruang tamu rumah berkenaan.

“Sejurus itu, api telah marak di sekitar dalam rumah kongsi berkenaan, dan suspek telah terbakar bersama mangsa iaitu penghuni rumah itu, yang juga merupakan seorang pekerja ladang,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Kasim, kejadian itu turut disaksikan oleh isteri mangsa yang berjaya menyelamatkan diri dan pekerja ladang yang berada berhampiran telah berjaya memadamkan api daripada merebak.

Beliau berkata, suspek dan mangsa dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent di Sandakan kerana mengalami kecederaan parah, bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan kira-kira 11 malam pada hari sama, manakala suspek dalam keadaan kritikal.

“Motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan”, katanya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!