Tegur wanita tidak patuh SOP, pengawal keselamatan dihamun

Mohd Said Ibrahim
Mohd Said Ibrahim
A
A
A

SEREMBAN - Seorang wanita bertindak menghamun seorang pengawal keselamatan selepas ditegur kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di sebuah hospital swasta di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira 1.35 petang Ahad, polis menerima satu laporan daripada pengawal keselamatan lelaki berusia 47 tahun berhubung kejadian tersebut.

"Menerusi laporan polis tersebut, lelaki itu menyatakan bahawa seorang perempuan yang tidak dikenalinya telah mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman semasa berada di sebuah hospital swasta di Seremban.

"Pengawal keselamatan itu telah menegur wanita berkenaan kerana tidak mengikut SOP yang telah ditetapkan pihak hospital. Wanita berkenaan bagaimanapun berang dengan teguran tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Berikutan itu, Mohd Said berkata, polis sedang giat mengesan wanita berkenaan bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," kata beliau.

Artikel Berkaitan: