Allianz Malaysia umum kerjasama dengan Rasuah Busters

Dari kiri: Shamshun Baharin, Zakri dan Hussamuddin ketika majlis pelancaran #RasuahBusters bersama Allianz Malaysia di Kuala Lumpur pada Isnin. - FOTO ROSLI TALIB/SINAR HARIAN
Dari kiri: Shamshun Baharin, Zakri dan Hussamuddin ketika majlis pelancaran #RasuahBusters bersama Allianz Malaysia di Kuala Lumpur pada Isnin. - FOTO ROSLI TALIB/SINAR HARIAN
A
A
A

KUALA LUMPUR - Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) mengumumkan kerjasama mereka bersama gerakan Rasuah Busters bagi memperkasa rakyat tempatan untuk menolak amalan rasuah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zakri Khir berkata, dengan memperkenalkan slogan #RasuahBusters dalam syarikatnya, ia diharapkan dapat menggalakkan kakitangan syarikat berkenaan menolak kegiatan tidak bermoral tersebut.

Menurutnya, sudah tiba masanya untuk memperkasakan syarikat dan individu supaya berani memberi tanggungjawab yang lebih besar.

“Hari ini syarikat kita mengambil langkah penting untuk mengecam rasuah. Kami mahu menjadi tanggungjawab moral dan sosial untuk memerangi jenayah sosial ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf dan Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub serta pasukannya.

“Ini bukan hanya memulakan perubahan, tetapi untuk memberi rakyat Malaysia platform yang telah lama dan sangat diperlukan untuk mengambil pendirian tegas dan moral terhadap rasuah,” katanya ketika Majlis Pelancaran #RasuahBusters bersama Allianz Malaysia serta majlis berbuka puasa di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Zakri berkata, Rasuah Busters adalah satu gerakan yang memberi nafas udara segar.

Zakri Khir
Zakri Khir

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, gerakan itu telah menyediakan satu platform untuk korporat dan individu bagi menjalankan tanggungjawab yang lebih baik dalam posisi berkuasa.

“Rasuah ada di setiap masyarakat dan industri, industri insurans juga tidak terkecuali.

“Bagi Allianz Malaysia, mematuhi amalan tadbir urus yang baik dan amalan etika selalu menjadi bahagian penting dalam bagaimana kita menjalankan perniagaan dan sebahagian dari janji kita untuk melindungi pelanggan dan komuniti kita," ujarnya.

Tambah Zakri, syarikatnya akan sentiasa memperjuangkan dalam menentang rasuah dengan penuh momentum dan komitmen.

“Kami teruja untuk memulakan perjalanan ini bersama beliau (Hussamuddin) dan pasukan Rasuah Busters.

“Kami telah menetapkan harapan yang tinggi melalui penglibatan bersama ini. Antaranya ialah membuat pendirian kolektif dalam menolak semua bentuk rasuah, memberi suara untuk memerangi rasuah dan membuka jalan sebagai pemimpin industri agar orang lain mengikuti,” katanya.

Hussamuddin Yaacub
Hussamuddin Yaacub

Selain itu, beliau berkata, antara usaha yang dijalankan ialah dengan menyediakan sebanyak 250,000 pelekat kereta yang ditugaskan khas dengan slogan #RasuahBusters-Saya Anti Rasuah.

Katanya, pelekat tersebut akan diberikan kepada pemegang polisi Komprehensif Motor syarikatnya.

"Kerjasama yang dijalankan bukan sekadar nama Allianz Malaysia, namun ia adalah janji terbuka untuk melakukan perubahan yang diharapkan kepada korporat Malaysia," kata beliau.

Sementara itu, Hussamuddin berkata, langkah Allianz Malaysia merupakan satu contoh baik dan boleh diikuti.

Menurutnya, syarikat berkenaan secara proaktif telah menyahut seruan gerakan tersebut dengan menerapkan program dalaman untuk menyokong usaha memerangi rasuah dalam ekosistem.

“Jika lebih banyak organisasi atau syarikat korporat dapat melakukan perkara ini mengikut kemampuan dan industri masing-masing, cepat kita dapat membasmi rasuah dalam ekosistem kita,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, institusi pembekal perkhidmatan kewangan dan insurans seperti Allianz Malaysia perlu memainkan peranan penting dalam menghindari kegiatan rasuah.

Shamshun Baharin Mohd Jamil
Shamshun Baharin Mohd Jamil

Katanya, kerjasama secara rapat perlu diteruskan bagi mencapai misi, visi dan matlamat yang telah ditetapkan.

“Kami amat menghargai komitmen dan keprihatinan Kumpulan Karangkraf dalam menggerakkan gerakan ini yang dilihat sebagai gerakan reformasi moral daripada rakyat untuk rakyat.

“Saya mengucapkan syabas kepada barisan kepimpinan dan seluruh warga Allianz Malaysia kerana menyahut seruan kerajaan dan SPRM dalam usaha memerangi jenayah ini," katanya.