Sumbangan Prihatin diperluas ke seluruh negara

Ibrahim (tengah) menyampaikan Sumbangan Prihatin sempena Ramadan kepada kanak-kanak istimewa pada majlis di Seksyen 3, Shah Alam baru-baru ini.
Ibrahim (tengah) menyampaikan Sumbangan Prihatin sempena Ramadan kepada kanak-kanak istimewa pada majlis di Seksyen 3, Shah Alam baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Kebajikan Solidariti Perpaduan (PKSP) dengan kerjasama Yayasan Minda menghulurkan bantuan menerusi Sumbangan Prihatin sempena Ramadan kepada lebih 40 keluarga B40 dan kanak-kanak istimewa baru-baru ini.

Setiausaha PKSP, Profesor Madya Dr Sara Chinnasamy berkata, sumbangan berbentuk keperluan asas itu juga akan dilaksanakan ke seluruh negara secara berperingkat.

Menurutnya, PKSP mengambil langkah proaktif menyalurkan sumbangan ketika pandemik Covid-19 dan setakat ini lebih 1,000 penerima di seluruh negara sudah menerima manfaat tersebut.

"Bantuan tidak terhad kepada bakul makanan sahaja, malah turut melibatkan sumbangan tablet kepada pelajar untuk mengikuti kelas secara dalam talian.

"Sumbangan berbentuk peralatan kerusi roda dan tongkat turut disalurkan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) dan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ibrahim (kanan) menyampaikan Sumbangan Prihatin sempena Ramadan kepada kanak-kanak istimewa pada majlis di Seksyen 3, Shah Alam baru-baru ini.
Ibrahim (kanan) menyampaikan Sumbangan Prihatin sempena Ramadan kepada kanak-kanak istimewa pada majlis di Seksyen 3, Shah Alam baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Minda, Tan Sri Ibrahim Abu Shah berkata, tanggungjawab sosial membantu masyarakat perlu melibatkan semua pihak termasuk dalam kalangan ahli-ahli politik.

Majlis penyampaian sumbangan itu berlangsung di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti, Seksyen 3 di sini membabitkan sumbangan kepada 30 asnaf dan 11 kanak-kanak istimewa.

Artikel Berkaitan: