Kesian Pas, hilang wibawa: Husam

Husam (dua, kanan) merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail, kali ke46.
Husam (dua, kanan) merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail, kali ke46.
A
A
A

KOTA BHARU - Berdepan pelbagai kontroversi menyebabkan Pas hilang kewibawaan untuk kekal relevan sebagai parti politik di negara ini.

Pengerusi PH Kelantan, Senator Datuk Husam Musa berkata, sikap dolak dalih Pas menyebabkan masyarakat hilang rasa hormat dan kepercayaan kepada parti itu.

“Walaupun Pas buang saya, tapi saya tetap simpati dengan kejadian yang menimpa parti itu.

“Kesian Pas... saya tak sampai hati komen banyak, lebih-lebih lagi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dah berumur,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail, kali ke46.

Bekas Naib Presiden Pas ini juga berkata, kenyataan pemimpin-pemimpin Pas yang terpalit kontroversi hanya menampakkan parti itu terumbang-ambing.

Lebih-lebih lagi katanya, pengakuan sekejap ‘bersama’ UMNO dan selepas itu berpisah, mencerminkan Pas tidak tetap pendirian.

“Pas perlu mengambil iktibar dari cerita rakyat, 'Hikayat Sang Kancil di mana kerbau menyelamatkan buaya yang dihempap kayu.

“Bukan itu sahaja, tindakan Pas mahu menyelamatkan UMNO juga dilihat seperti kerbau dicucuk hidung," katanya.

Artikel Berkaitan: