Lelaki 40 tahun maut terkena serangan jantung ketika memandu

No Image Caption
A
A
A

SANDAKAN - Seorang lelaki berumur 40 tahun maut dipercayai selepas terkena serangan jantung ketika memandu kenderaannya yang didapati terbabas di Jalan Perimeter Lama/Tinosa di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa Hussin Uttoh @ Utoh sedang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) dan hilang kawalan kenderaannya akibat serangan jantung itu.

“Akibat kemalangan ini, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Azhar berkata, siasatan kejadian itu dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta orang ramai yang melihat kejadian untuk menyalurkan maklumat ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: