Rodgers azam catat nama selaku lagenda The Foxes

Brendan Rodgers meraikan kejayaan bersama pemain setelah tamat perlawanan
Brendan Rodgers meraikan kejayaan bersama pemain setelah tamat perlawanan
A
A
A

PENGENDALI Leicester City, Brendan Rodgers berazam mencatatkan namanya selaku lagenda The Foxes dengan mengemudi skuad berkenaan menjulang trofi Piala FA musim ini.

Menurutnya, kemenangan 1-0 ke atas Southampton pada aksi separuh akhir di Stadium King Power pada Ahad, semakin menguatkan keazamannya untuk merealisasikan keazamannya itu.

“Kami berpeluang untuk mencipta sejarah kali ini. Lagi pun, itulah tujuan sebenar bola sepak; untuk mencatatkan memori yang bersejarah.

“Sejak berkhidmat bersama Leicester, saya sedar betapa pentingnya sesebuah piala kepada penyokong dan itulah cita-cita kami kali ini.

“Kami terlepas peluang itu pada musim 2019 apabila tewas 0-1 kepada Chelsea oleh itu kredit kepada semua pemain atas kejayaan membantu pasukan hingga ke final kali ini dan menempah pertemuan dengan lawan sama,” katanya.

Pada aksi separuh akhir berdepan Southampton pada Ahad, Kelechi Iheanacho muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-55 dan mengesahkan kemaraan The Foxes buat julung kaliny ke pentas final sejak 1969.

Biarpun pernah menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi musim 2015/16 lalu namun, Leicester City masih belum pernah menjulang trofi Piala FA sebelum ini.

Sementara itu Iheanacho berkata, dia begitu gembira apabila berjaya menjaringkan gol bagi membantu kemaraan Leicester City ke pentas final Piala FA kali ini.

Artikel Berkaitan:

Malah katanya, kemaraan berkenaan turut dibantu oleh rakan-rakan sepasukan yang sentiasa bekerja keras di sepanjang perlawanan.

“Kami melakukannya (mara ke final) bersama-sama dan ia bukan hasil individu. Tanpa kerjasama, kami tidak mungkin sampai ke tahap ini,” katanya.