Peniaga tersepit harga barang terus meningkat

Norena dan Ismail (kanan) memantau harga barang basah ketika pemeriksaan Kementarian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka di Pasar Alor Gajah, sini, pada Isnin.
Norena dan Ismail (kanan) memantau harga barang basah ketika pemeriksaan Kementarian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka di Pasar Alor Gajah, sini, pada Isnin.
A
A
A

ALOR GAJAH - Peniaga barangan basah di Pasar Alor Gajah di sini tersepit dengan trend kenaikan harga yang dijangka terus berlaku hingga musim perayaan ini.

Mereka mendakwa hanya mendapat untung kecil walaupun harga barang dinaikkan.

Peniaga ayam, Kamariah Yusof, 53, berkata, sebanyak tiga kali kenaikan harga ayam berlaku bermula Ramadan pertama hingga sekarang.

Menurutnya kenaikan dari RM7 hingga RM8 sekilogram dan kini mencecah RM9.30 sekilogram susulan pembekal yang menaikkan harga ayam.

Kamariah Yusof
Kamariah Yusof

"Walaupun ada pembeli yang merungut dengan kenaikan itu namun dalam keadaan pandemik Covid-19 kami juga terbeban kerana untung kecil sahaja. Kami juga tidak tahu sampai bila harga ayam akan terus naik.

"Apa yang kita dapat ialah harga ayam yang belum diproses daripada pembekal, jadi kalau kami tak naikkan harga sudah pasti perniagaan akan mengalami kerugian," katanya ditemui ketika pemeriksaan Kementarian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka di sini, pada Isnin.

Hadir sama, Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Ismail Othman dan Pengarah KPDNHEP negeri, Norena Jaafar.

Peniaga ikan, Razali Abu, 59, berkata, harga bekalan udang turut meningkat secara mendadak daripada pembekal bermula dari RM33 sekilogram mencecah RM39 sekilogram.

Artikel Berkaitan:

"Harga biasa ikan tenggiri pula RM28 sekilogram dan sekarang RM32 sekilogram bergantung kepada saiz manakala ikan pelaling pula dalam RM13.50, dulu datang RM10 sekilogram," katanya.

Sementara itu, Norena berkata, sebanyak enam notis telah dikeluarkan kepada pemborong dan penternak yang disyaki mencatut bermula Khamis hingga Ahad lalu dalam Ops Catut 8.0 Ayam.

Menurutnya, dalam tempoh itu pihaknya menerima 26 aduan berkaitan harga barang mahal di pasaran namun hanya satu aduan membabitkan kenaikan harga ayam.

"Setakat ini kita juga telah membuka tiga kertas dan akan melengkapkan dokumentasi sebelum diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan mahkamah di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011.

"Pemeriksaan setiap hari akan terus dilakukan bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya.